Imam Ali AS Dan Fatimah AH
Imam Ali AS berkata:
"Aku bersumpah bahawa aku tidak pernah membuat
Fatimah AH berasa bimbang dan takut di sepanjang kehidupan keluarga kami.
Beliau AH tidak pernah marah semasa beliau AH hidup atau aku memaksa beliau AH
melakukan sesuatu dengan paksaan. Beliau AH sentiasa taat kepadaku secara rela
dan tidak pernah membuatkan aku marah. Memandang wajahnya membuatku sentiasa
tertarik (bahagia) sehingga setiap perasaan marah akan hilang dalam
diriku." [Bihar, Juzuk, 43, hlm.134]
Imam al-Baqir AS berkata:
"Fatimah AH telah berjanji akan melakukan semua kerja
rumah termasuklah membuat roti dan menyapu rumah mereka. Ali AS pula bersetuju
untuk melakukan kerja-kerja membeli-belah (keperluan harian), dan kerja-kerja
luar yang lain seperti mencari kayu api, dan sebagainya. Pada suatu hari Ali AS
bertanya Fatimah AH sama ada masih ada makanan yang berbaki di rumah mereka.
Fatimah AH menjawab: " Aku bersumpah dengan namaNya yang membuat kemurahan
dan anugerah kepadamu bahawa sejak tiga hari kebelakangan ini kita menghadapi
kekurangan makanan." Mengapakah engkau tidak menyatakan kepadaku hal
ini?" tanya Ali AS. Beliau AH menyambung: "Rasulullah s.a.w telah
melarangku daripada meminta-minta sesuatu daripadamu. Beliau s.a.w telah
memerintahkan kepadaku agar jangan meminta daripadamu sebarang keperluan. Jika
engkau membeli sesuatu aku hendaklah menerimanya, dan jika tidak hendaklah aku
berdiam diri." [Bihar, Jilid 43, hlm.31]
Kehidupan Politik Fatimah AH
Kehidupan Fatimah AH bukan hanya melakukan tugas sebagai
suri rumah tangga dan beribadat sahaja tetapi juga meliputi soal-soal politik
sejak dari zaman ayahandanya Rasulullah s.a.w di Mekah hingga selepas wafat
ayahandanya s.a.w. Beliau AH dengan gigih menyokong keras perjuangan
ayahandanya Rasulullah s.a.w dan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam
yang telah dididik oleh ayahandanya Rasulullah s.a.w.
Pada tahun kesepuluh kerasulan, Khadijah ibu Fatimah AH
meninggal dunia. Fatimah AH kehilangan ibundanya yang tercinta. Pada tahun yang
sama, beliau AH kehilangan datuk saudaranya Abu Talib yang kuat melindungi
Rasulullah s.a.w. Dengan kewafatan dua orang insan mulia ini, para musyirikin
Quraisy mulai berani menentang dan menyakiti Rasulullah s.a.w secara terbuka.
Sehinggakan pada suatu peringkat mereka sanggup memutuskan untuk membunuh
Rasulullah s.a.w. Justeru, Rasulullah s.a.w membuat keputusan berhijrah ke
Madinah. Malam itu Ali AS tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w demi untuk
mengelirukan musuh-musuh Allah itu. Pada malam itu juga Fatimah menginap di
rumah ayahandanya dan mengetahui semua kejadian tersebut. Fatimah bertahan pada
malam itu dengan penuh perjuangan, kesabaran, dan keberanian segala kemungkinan
yang akan berlaku kepada mereka.
Fatimah AH kemudian berhijrah ke Madinah dengan rombongan
hijrah di ketuai oleh Ali AS. Dalam perjalanan ke Madinah, beberapa orang kafir
mencuba untuk menghalang mereka tetapi dengan keberanian dan tekad Ali AS, maka
mereka berasa takut dan membiarkan rombongan hijrah itu meninggalkan Mekah.
Akhirnya setelah menempuh segala kesulitan, mereka pun sampai ke Madinah.
Fatimah AH turut menjadi saksi Perang Badar dan Perang
Uhud. Dalam Perang Uhud, dahi, dan gigi Nabi s.a.w luka parah. Dan yang lebih
menyedihkan ialah apabila tersebarnya berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w
turut terkorban. Fatimah AH berangkat ke Uhud untuk menyaksikan medan
pertempuran, dan juga melihat ayahandanya yang dikasihi Rasulullah SAW. Setelah
perang berakhir, Fatimah AH menemui ayahandanya Rasulullah s.a.w, dan
membersihkan wajah baginda dari luka-luka. Dalam peperangan ini juga, Fatimah
AH menyaksikan datuk datuk saudaranya Hamzah syahid di medan perang.
No comments:
Post a Comment