Karamah Fatimah al-Zahra AH
Abu Sai'd al-Khudri berkata: "Pada suatu hari Ali AS
berkata bahawa beliau AS berasa amat lapar. Beliau AS kemudian meminta Fatimah
AH menyediakan makanan. Fatimah AH bersumpah bahawa tidak ada makanan yang
tinggal untuk menghilangkan kelaparan Ali AS. Imam Ali AS bertanya mengapa Fatimah
AH tidak memberitahukan kepadanya bahawa di rumah mereka sudah tidak ada
makanan lagi. Fatimah AH menyatakan bahawa dia AH berasa malu untuk menyatakan
perkara itu, dan dia AH juga tidak mahu menuntut apa-apa dari Imam Ali AS. Imam
Ali AS keluar dari rumah dengan rasa tawakal kepada Allah SWT. Beliau AS
meminjam wang sebanyak satu dinar dengan hasrat untuk membeli makanan untuk
ahli rumahnya. Dalam perjalanan pulang, beliau bertemu Miqdad ibn Aswad sedang
terbaring di atas jalan pasir yang panas terik oleh bahang matahari yang
membakar. Miqdad kelihatan sedih dan tidak bermaya. Lalu Imam Ali AS bertanya
kepadanya apa yang terjadi tetapi dia enggan menyatakan perkara yang berlaku
kepada Imam Ali AS. Tetapi akhirnya dia menyatakan juga rahsia itu dan berkata:
"Wahai Abul Hasan! Aku bersumpah bahawa ketika aku
keluar rumah tadi, ahli rumahku berada di dalam kelaparan yang teruk.
Anak-anakku kebuluran dan aku tidak sanggup menonton keadaaan mereka menangis
itu. Lalu aku meningggalkan mereka, dan berusaha mencari jalan untuk mengatasi
masalah tersebut."
Air mata Ali AS jatuh berguguran dan mengenai janggutnya
apabila mendengar kisah tersebut. Ali AS berkata kepadanya:
"Aku bersumpah bahawa aku juga mengalami keadaan yang
sama seperti engkau."
Ali AS lalu menyerahkan wang yang dibawanya kepada Miqdad.
Ali AS kemudian pergi ke masjid di mana pada ketika itu Nabi s.a.w sedang
solat. Ali AS bersolat di tempat suci itu, dan selepas selesai menunaikan
kewajipannya, beliau AS menemui Nabi s.a.w di pintu masjid. Rasulullah s.a.w
bertanya Ali AS tentang makanan yang dia ada untuk makam malam, sama ada Nabi
s.a.w dijemput oleh menantunya untuk makan malam.
Ali AS tunduk dan tidak berkata apa-apa. Beliau AS tidak
tahu apa yang harus dikatakan. Kelihatannya Rasulullah s.a.w tahu tentang kisah
wang satu dinar itu. Telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w bahawa
hendaklah beliau s.a.w bersama Ali AS pada petang itu." Mengapa anda tidak
berkata sesuatu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w. Ali AS dengan menjawab:
" Diriku di tanganmu."
Nabi Muhammad s.a.w memegang tangan Ali AS dan dua orang
yang agung ini berjalan bersama-sama ke rumah Fatimah AH. Apabila sampai di
sana, Fatimah AH baru selesai menunaikan kewajipannya (solat), dan di atas
tungku ada satu periuk masakan sedang di masak dan ketika ia sedang mendidih.
Fatimah AH kemudian keluar apabila mendengar bunyi tapak kaki ayahnya datang
dan menyambut kedatangan mereka. Nabi s.a.w mengucapkan salam dengan
lembut." Semoga Allah SWT memberi rahmat ke atas kamu berdua, dan semoga
kamu dapat menyediakan kami hidangan makan malam!" sambung Rasulullah
s.a.w.
Fatimah AH mengambil periuk tersebut dan meletakkan di
hadapan ayahnya s.a.w dan suaminya, Ali AS, yang terkejut dan bertanya
isterinya bau makanan yang lazat di dalam periuk itu. Fatimah AH berkata:
" Adakah anda marah dengan memandangku dengan pandangan yang demikian!
Adakah aku telah melakukan sesuatu yang salah menyebabkan aku layak menerima
kemarahanmu!?"
Ali AS berkata: " Mengapa tidak? Semalam engkau
bersumpah bahawa engkau tidak mempunyai sedikit makanan pun untuk kita hidup
selama beberapa hari! Apa ertinya ini semua?"
Dengan memandang ke langit Fatimah AH menyambung: "
Tuhanku yang berkuasa ke atas langit dan bumi akan menjadi saksi bahawa apa
yang akan aku katakan ini adalah benar."
Ali AS menambah: " Wahai Fatimah! Sudikan anda
menyatakan kepada kami kisah sebenarnya. Sudikan anda dengan jujur menyatakan
kepada kami siapakah yang menghantar hidangan yang lazat ini yang menjadi
makanan kita!"
Rasulullah s.a.w dengan lembut meletakkan tangannya ke
atas bahu Ali AS dan berkata: " Wahai Ali! Semua ini adalah sebenarnya
anugerah dari Allah SWT kerana kemurahan yang kamu tunjukkan ketika memberikan
wang dinar tersebut.
"...Sesungguhnya Allah memberikan (rezeki) apa yang
dikehendakiNya tanpa hisab."(Ali-Imran: 37)
"Dan apabila Zakaria masuk untuk menemui Maryam di
mihrabnya, dia mendapati jmakanan di sisinya." (Ali-Imran: 37) [Bihar
al-Anwar, Jilid 43, hlm.59-61; Amali Tusi, Jilid 2, hlm.228-230]
Sikap Rasulullah s.a.w Terhadap Fatimah AH
Rasulullah mengaitkan Fatimah AH dengan dirinya s.a.w.
Justeru Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Fatimah adalah daripadaku dan barang siapa yang
membuat dia marah, akan membuat aku marah." [Al-Bukhari, Jilid V, hadith
111]
Ketika berpergian, Fatimah AH adalah orang yang paling
akhir beliau s.a.w mengucapkan selamat tinggal, dan ketika pulang dia (Fatimah
AH) adalah orang yang pertama yang ditemui oleh ayahya s.a.w. [Bihar, Jilid 43,
hlm.39-40; Ahmad bin Hanbal, Musnad, Juzuk 5, hlm.275; Al-Baihaqi, Sunan, Juzuk
1, hlm.26].
Imam Ali AS suatu ketika bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
"Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan keluargamu
yang paling dekat denganmu?
Fatimah binti Muhammad," jawab baginda s.a.w.
[Al-Tabari, Dhakair al-Uqba; Al-Tirmidzi, Sunan. hlm.549;
Al-Mustadrak, Jilid 3, hlm.21 dan 154]
No comments:
Post a Comment