Marquee text

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin. (QS: At-Taubah 128)

28 May 2012

Fatimah Al-Zahra binti Rasulullah saw bagian 6 end

Kewafatan Fatimah AH
Pada hakikatnya, khabar tentang kewafatan Fatimah AH telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w sakit. Riwayat al-Bukhari dari Aisyah:
"Nabi s.a.w memanggil Fatimah AH ketika baginda s.a.w sedang sakit kuat, dan menyatakan suatu rahsia yang membuatkan Fatimah AH menangis. Kemudian baginda s.a.w menyatakan sesuatu kepada Fatimah AH yang menyebabkan beliau AH tertawa. Apabila aku (Aisyah) bertanya kepadanya, beliau berkata bahawa Nabi s.a.w menyatakan kepadanya suatu rahsia tentang sakit yang dialami akan membawa kepada kewafatan baginda s.a.w, lantaran itu aku (Fatimah AH) menangis. Beliau s.a.w kemudian menyatakan kepadanya bahawa beliau AH adalah seorang dari keluarganya yang mula-mula menemuinya selepas beliau s.a.w wafat (Fatimah AH akan menyusuli (wafat) selepas Rasul s.a.w wafat), lalu, aku tertawa [Al-Bukhari, Jilid V, hadith 62]
Ketika ajalnya hampir tiba, Fatimah AH memanggil Ali AS dan berkata:
"Wahai putera pamanku, aku berasa ajalku semakin hampir. Tidak lama lagi aku akan menyusul ayahku. Dengarkanlah wasiat terakhirku yang sudah lamaku simpan dalam hati. Mendengar kata-kata isterinya itu dalam nada tersekat-sekat, Imam Ali AS meminta semua orang yang tidak berkepentingan keluar. Kemudian ia menjawab: "Katakanlah segala wasiatmu wahai puteri Rasulullah..." Fatimah AH berkata: "Wahai puteri pamanku, sejak engkau bergaul denganku, apakah engkau pernah melihat aku berdusta, atau tidak mengikut kemahuanmu? Sudah tentu pertanyaan aneh ini cukup membingungkan Ali AS dalam suasana sedih sebegitu. Tetapi Ali segera dapat menguasai dirinya, kemudian menyahut: "Na'udzu billah, engkau lebih mengerti, engkau lebih bersih, lebih bertaqwa, lebih mulia, dan lebih takut kepada Allah. Seandainya engkau pernah tidak menuruti kehendakku, sama sekali aku tidak menyesali dirimu. Aku berasa sangat berat berpisah dan kehilangan dirimu, tetapi itu suatu hal yang tidak mungkin. Demi Allah, musibah baru akan menimpa diriku lagi sesudah Rasulullah s.a.w wafat. Sungguh berat rasanya aku akan kau tinggalkan....Inna lillahi wa-ina ilaihi raji'un...! Demi Allah, tidak ada musibah yang lebih berat dari ini, dan tidak ada cubaan yang lebih keras dari ini..."
Di antara wasiat Fatimah AH kepada Imam Ali AS ialah meminta Imam Ali AS menguburkan jenazahnya pada malam hari dan tidak mengizinkan orang-orang yang menzaliminya menyaksikan majlis pemakamannya, dan juga tidak mengizinkan mereka mengadakan solat jenazah ke atasnya. Pada malam ketiga Jamadil Akhir tahun ke-11 Hijrah, Imam Ali AS dan sebilangan kecil dari keluarga dan pengikutnya yang setia menyempurnakan jenazah Fatimah AH. Di antara mereka adalah Ali, Hasan, Husayn, Zainab, Umi Kalthum, Aqil, Abu Dzar, Ammar, Miqdad dan Salman al-Farisi.
Ketika Imam Ali AS mengadu kepada Rasul s.a.w di permakaman baginda s.a.w tentang kewafatan Fatimah AH, beliau berkata:
"Wahai Nabi Allah, salam ke atasmu dariku dan dari puterimu yang kembali kepadamu dan tersangat cepatnya ia kembali kepadamu. Wahai Nabi Allah, kesabaranku tentang buah hatimu (puterimu Fatimah AH) telah semakin lelah, dan kekuatanku menghadapinya semakin lemah, kecuali aku telah mengalami kesedihan ketika berpisah denganmu dulu. Aku letakan dirimu ke dalam kuburmu selepas nafasmu yang terakhir di antara leher dan dadaku. Firman Allah SWT, yang bermaksud:
"...Sesungguhnya kita dari Allah, dan sesungguhnya kepadaNya kita kembali." (Qur'an 2:156)
Kini, apa yang telah engkau amanahkan kepadaku (Fatimah AH) dan apa yang telah diberikan telah diambil kembali. Kesedihanku sudah tidak bertepi lagi, dan malam-malamku semakin suram tanpa tidur sehingga Allah memilihkanku sebuah rumah yang ketika ini engkau diami.
(Semua cerita sirah (sejarah) sepatutnya dipelajari dan diketahui oleh semua ummat Islam khususnya anak cucu Beliau saw. Menceritakan kembali peristiwa sejarah yang lalu bukannya bertujuan untuk membalas dendam kepada sesiapa, para pelakunya semuanya sudah kembali kepada-Nya, biarlah Allah swt sahaja yang menghukum perbuatan baik dan buruk mereka. Tetapi tujuannya ialah supaya kita semua mempelajari sesuatu dari segala peristiwa-peristiwa tersebut, yang mana 'buruk' dijadikan tauladan dan yang 'baik' dijadikan pedoman dan ikutan. Ramai penulis-penulis sejarah dengan 'sengaja' memutarbalikkan dan 'menyembunyikan' fakta yang sebenar semata-mata untuk kepentingan politik dan pribadi sedangkan bukan itu yang dicatatkan oleh ulama hadis dari mazhab ahlul sunnah. Tujuan mereka (cth Bukhari, Muslim dll) mencatatkan segala peristiwa 'penganiayaan' keluarga Rasul Allah saw selepas kewafatannya oleh para sahabat Beliau saw sendiri bukanlah untuk menghasut ummat islam supaya bermusuh-musuhan atau membuka aib para sahabat Nabi yang agung, tetapi untuk menyedarkan ummat islam bahawa Ahlulbait Muhammad saw memang menjadi sasaran dengki oleh ummatnya sendiri kerana kelebihan yang dikurniakan oleh Allah swt kepada mereka ini (Siti Fatimah ra, Ali ra, Hasan ra dan Husein ra). Memang apabila menceritakan kembali segala peristiwa penganiayaan Ahlul-Bait Rasul saw akan menimbulkan kontroversi dan bantahan dari pihak-pihak yang tidak mempunyai asas atau memahami ilmu agama islam selengkapnya apatah lagi 'mereka' ini sedikit atau langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang sejarah mereka(Ahlul-Baiyt Rasul saw)...dan inilah sebenarnya PROPAGANDA kaum Yahudi untuk melenyapkan sejarah Ahlul-Bait Rasul saw bahkan jika mampu untuk menghapus(bunuh) kesemua keturunan Muhammad saw yang ada pada hari ini kerana adanya islam, kuatnya islam dan wujudnya islam adalah kerana adanya AhlulBait Rasul saw yang berkesinambungan menjaga agama datuknya Muhammad saw sampai hari kiamat. Yang HAK itu HAK dan yang BATHIL itu tetap BATHIL, kita tidak boleh membohongi diri sendiri dengan cuba 'melenyapkan' cerita-cerita sejarah mereka ini, kerana dengan perbuataan tersebut akan dipertanggungjawapkan dihadapan Rasulullah saw kelak, wallahuallam....pen.)

No comments:

Post a Comment