'Ujub itu ialah rasa megah dan tinggi yang menimpa diri kerana menisbahkan sesuatu perkara itu kepada diri dan lupa menisbahkannya kepada Tawfiq yg diberikan Allah SWT.
Aku bertanya kepada Murabbiku Habib Umar Bin Hafidz :
"Manakah yang paling teruk, takjub dengan kefahaman diri atau takjub dengan amalan?"
Jawab Habib : " Bahkan rasa takjub dengan kefahaman lebih teruk dan bahaya akibatnya dari takjub dengan amalan…
" Apa kamu tidak lihat jawab iblis -moga Allah lindungi kita darinya- : (( Aku lebih mulia darinya (Adam), Kau telah jadikanku dari api sedangkan Kau jadikan dia dari tanah liat )) Al A'raaf 12 , lihat bagaimana iblis bersandarkan dengan kefahamannya dan tidak menyebut sesuatu pun tentang amalannya"…
Dunia-Akhirat
"Lelaki yang sentiasa bertolak ansur dalam hal-hal keduniaan dengan isterinya, tetapi sangat bertegas dalam hal-hal akhirat, Allah akan campakkan dalam hati si isteri rasa hormat yang tinggi kepada suaminya."
Sumber: https://www.facebook.com/pondokhabib
No comments:
Post a Comment