Beliau
juga dikenal sebagai ahli Fiqah kenamaan di masanya. Pengakuan tersebut pernah
diucapkan oleh Imam Abu Hanifah sendiri: "Aku kenal Imam Zaid bin Ali
sebagaimana aku kenal tentang keluarganya. Di masanya tidak pernah seorang yang
lebih ahli dalam Fiqah daripada beliau. Dan aku tidak pernah melihat seorangpun
yang lebih luas pengetahuannya, lebih cepat menjawab dan lebih terang
penjelasannya daripada beliau, jarang sekali mendapati orang semacam beliau".
Kumpulan
Syiah Zaidiyah nisbatnya kembali pada beliau. Beliau dikhianati oleh pengikut
beliau sendiri yang berada di kota Kufah. Sebahagian pengikut beliau ada pula
golongan yang ekstrimis. Mereka menuntut agar beliau tidak mengakui
kekhalifahan Abu Bakar dan Umar secara sah.
Namun
beliau menolak dan beliau menyatakan dengan terang-terangan bahawa Abu Bakar
dan Umar adalah khalifah Rasulullah yang sah. Sejak itulah pengikut beliau yang
menolak kekhalifahan Abu Bakar dan Umar disebut golongan Syiah Rafidha (yang
menolak). Sedangkan pengikut beliau yang tetap mengikuti pendapat beliau
tentang sahnya kekhalifahan Abu Bakar dan Umar disebut Syiah Zaidiyah. Kelompok
inilah yang ikut berjuang dengan beliau mati-matian.
Imam
Zaid bin Ali dihukum mati kerana menentang pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik
salah seorang khalifah dari dinasti Bani Umayyah. Ketika dinaikkan di atas
tiang salib, beliau ditelanjangi dahulu sebelum dibunuh. Namun Allah tetap
melindungi aurat beliau. Allah mengutus segerombolan laba-laba untuk membuat
anyaman dari sarangnya sehingga dapat menutupi seluruh aurat beliau.
Dipetik
dari: Kemuliaan Para Wali - karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan
Jahabersa.
***
No comments:
Post a Comment